Wednesday, July 22, 2009

Pelajar Dahagakan Kasih Sayang Dari Kita..

Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang..

Hari ni hari terakhir pelajar2 saya menghadapi Trial UPSR Exam...harap semua ok la...Saya ada dengar Mathematics ramai yang skor...Wah....Senyum lebar la MR J...

Hopefully untuk English pun, semua pelajar dapat jawab dengan baik..tak la penat daddy dok ajaq hampa..he he

Topik hari ni adalah berkisarkan tentang KASIH SAYANG yang semua di antara kita memilikinya..Cuma bezanya hanyalah KITA. Adakah kita ni sudi berkongsi kasih sayang kita dengan orang lain?????

Apakah anda sudi ...

1) Berkongsi kasih sayang antara anak dengan anak murid??? ...pasti Boleh rite??

2) Berkongsi kasih sayang antara suami dan anak murid ??? ....pasti Boleh kan??

3) Berkongsi kasih dan sayang antara isteri dan anak didik anda?? ..sure Boleh kan??

4) Berkongsi kasih sayang ngan isteri kedua suami anda ??? ha ha ha..??? Gurau je
(....siap la saya ngan orang rumah saya lepas nie...)

Cuba anda perhatikan gambar ini dengan teliti... Apakah ada nilai kasih sayang di antara mereka ini?? Anda mungkin melihat betapa mesranya hubungan guru dan murid2nya...Namun apa yang dapat saya lihat..CAHAYA KASIH SAYANG GURU TERPANCAR TERANG BENDERANG PADA SETIAP BEBOLA MATA ANAK2 DIDIK BELIAU. Betul kan ???

Sebenarnya, secara kita tak sedar kita dilahirkan dengan sifat rahmah (kasih sayang). Kasih sayang pula secara tersiratnya adalah satu objek yang takkan berkurang malah akan bertambah subur jika kita baja,siram dan jaga. Oleh yang demikian, janganlah berkira nak bagi kasih sayang kpd orang lain. Tak kurang pun kasih sayang tu..

Saya melihat konsep kasih sayang ni dari sudut seorang guru dan daddy kepada anak2 saya. Sama saja kalau kita bincangkan konsep ni dengan anak2 kat rumah.

Di sekolah ini, ramai murid dahagakan kasih sayang guru. Mereka kekadang bergayut di bahu kita macam buah durian bergayut kat dahan. Lagi banyak yang bergayut,bertambah berat la nak menanggung..Tapi bertahankah dahan tu menahan bebanan tersebut??? Mampu kan??? Kalau dahan tu mampu,anda sebenarnya lebih mampu. Jangan takut !!! Budak2 tu bukan buah durian,diorang tak bergayut macam durian... Ha ha ha..

Anda mungkin tidak perasan, anda banyak kasih sayang dan ramai peminat kat luar sana mengharapkan kasih sayang anda. Suami..Isteri...Anak2..Murid2... M.Nasir pernah kata dalam show dia masa Secretariat Week dua tahun lepas.." Rupa2nya kita ni banyak kasih sayang untuk dikongsikan.." Oleh yang demikian, anda jangan mati cepat. Ramai yang akan susah kalau anda tak ada...Suami..isteri..anak2..murid2...kawan2 pun terasa juga... Anda pernah terfikir tentang semua nie??

Anda mungkin tak dapat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam sekelip mata. Tapi anda mampu galakan pelajar anda untuk menghargai diri,menghormati diri..mak ayah...guru2..kawan2... Semua ni bermula dari kasih sayang kita sebenarnya. Kawan saya masih boleh ingat lagi nombor plat kereta guru beliau sewaktu sekolah menengah...hanya kerana dia kasih kepada guru tersebut. Saya dan kawan2 juga mampu ingat lagi nombor plat kereta guru Sains kami sewaktu di Maktab Mahmud dulu...CN 101..kereta Volvo lama Cikgu Asiah. Kerana kasih sayang beliau 85 peratus budak kelas saya dapat pangkat 1 dalam Sains masa SPM. Waduh...hebatnya kuasa kasih sayang ni...

Oleh itu, anda tak perlu takut mencurahkan kasih sayang kepada anak2 anda. Saya tegaskan sekali lagi,KASIH SAYANG ni adalah satu objek yang takkan berkurang. Selagi kita apply konsep kasih sayang ini,selagi itulah objek ini akan tumbuh subur dalam diri kita.

Selamat mencuba...selamat berkasih sayang.

Sok Sek Sok Sek : Tadi call Umi ( Toke kantin sekolah) panggil dia Sayang...cepat ja dia siapkan order kita...Dapat diskaun lagi!!!


No comments:

Post a Comment