Thursday, July 30, 2009
Resepi Hari Ini

Resepi ni saya dapat dari kawan saya,toke kiuh tradisional Melayu. Dah cuba banyak kali..
memang menakjubkan !!! Boleh cuba.
1 setengah cawan pulut (rendam satu jam) Lepas tu basuh bersih..toskan dan masuk dalam
loyang sederhana besar.
Tuang santan cair dalam loyang sampai tenggelam pulut. Masuk garam sikit (3/4 sudu teh)..kacau sebati. Kukus selama 30 minit.
Dah masak pulut tu,tekan dan mampatkannya dengan sudu atau senduk plastik.
Bancuh 4 sudu besar tepung gandum dengan sedikit air agak-agak pekat macam nak buat tepung pisang goreng. Ratakan atas pulut tadi dan kukus lagi 10 minit sampai 'gam' tadi masak. ( Ini petua elakkan lapisan atas tidak terpisah dengan lapisan pulut)
Kemudian tuang lapisan atas.(Blend semua bahan2 ni)
1 setengah cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan pekat
1 cawan + 1 sudu besar gula
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
Tapis dan tuang atas lapisan pulut. Kukus lagi 25 minit...angkat loyang dan sejukkan.
Ingat!!! Sukatan pakai cawan yang sama tau...
Selamat Mencuba kawan2..Thanx Cikgu Ani

Bahagian bawah :
Masukkan semua dalam satu periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas api perlahan sampai dia kenyal. Tuang dan ratakan dalam loyang bulat. Gandakan semua bahan jadi dua kali ganda untuk loyang bersaiz sejengkal setengah.
2 cawan santan cair
3/4 cawan tepung suji
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh pewarna kuning
Dah siap bahagian bawah,sediakan pulak bahagian atas. Ini pun perlu digandakan juga. Blend semua bahan-bahan ni.
1 3/4 santan pekat
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
Blend sebati, tapis ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sampai dia likat sikit. Guna senduk kayu atau plastik. Kalau ada tepung beku yang melekat pada hujung senduk tadi,kira ok la tu. Tutup api dan tuang perlahan-lahan atas bahagian bawah tadi.
Kukus selama 45 minit atas api sederhana. Dah masak,sejukkan. Kalau ada titisan air atas dia bila dia dah masak,amibik tisu ja. Tekap perlahan-lahan untuk keringkan air tadi. Kalau nak lagi elok,sebelum kukus kita litup rapat-rapat permukaan loyang dengan aluminium foil. Bila dah masak,cepat-cepat buka. Memang takkan ada titisan air atas talam kita.
Selamat mencuba. Jangan malas nak cuba.
Susah la sikit tapi berbaloi-baloi bila makan.
Thanks again Kak Ani Zul for the marvellous recipe.
Apple Muffin

Sediakan paper cup sederhana besar.
2 biji epal hijau, buang kulit dan potong dadu (lebih kurang 1 cm X 1 cm)
Blend semua ni.
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
4 biji telur
3/4 cawan + 3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 sudu teh membumbun baking powder
Blend sebati dan kemudian tuang dalam satu bekas. Masukkan epal potong tadi dan masukkan 4 cawan tepung gandum. Kacau sebati. Boleh juga kalau nak tambah mixfruit. Masukkan dalam paper cup separuh penuh. Bakar dalam oven 140 degree celcius,api atas bawah sampai la dia jadi browny. Dah masak sejukkan.
Buat apa nak fikir-fikir pasal mixer lagi,blend je bahan -bahan yang boleh blend. 15 minit dah boleh masuk oven.
Selamat mencuba. Resepi ni memang best untuk hari raya....
Thursday, July 23, 2009
Jom layan Ilusi Optik...Test Mata Anda !!!

Mana ada orang gali tanah !!!
Tapi memang mantap la mamat ni,
nampak real je
Menaik ke menurun nie ?????????????
dalam gambar nie..
Tapi nampak bergerak kan????
Garisan kotak merak tu lurus tau !!!!
Tak caya cuba check ngan pembaris

Aikkkk....macam ada titik hitam
dalam ruang putih tu....ajaib !!!!!!!!!!
Ada satu ke ada dua segitiga ???
Sok Sek Sok Sek : Kedai Cermin mata Ah Huat sure ramai orang lepas nie....
Wednesday, July 22, 2009
Pelajar Dahagakan Kasih Sayang Dari Kita..
Hari ni hari terakhir pelajar2 saya menghadapi Trial UPSR Exam...harap semua ok la...Saya ada dengar Mathematics ramai yang skor...Wah....Senyum lebar la MR J...
Hopefully untuk English pun, semua pelajar dapat jawab dengan baik..tak la penat daddy dok ajaq hampa..he he
Topik hari ni adalah berkisarkan tentang KASIH SAYANG yang semua di antara kita memilikinya..Cuma bezanya hanyalah KITA. Adakah kita ni sudi berkongsi kasih sayang kita dengan orang lain?????
Apakah anda sudi ...
1) Berkongsi kasih sayang antara anak dengan anak murid??? ...pasti Boleh rite??
2) Berkongsi kasih sayang antara suami dan anak murid ??? ....pasti Boleh kan??
3) Berkongsi kasih dan sayang antara isteri dan anak didik anda?? ..sure Boleh kan??
4) Berkongsi kasih sayang ngan isteri kedua suami anda ??? ha ha ha..??? Gurau je
(....siap la saya ngan orang rumah saya lepas nie...)

Cuba anda perhatikan gambar ini dengan teliti... Apakah ada nilai kasih sayang di antara mereka ini?? Anda mungkin melihat betapa mesranya hubungan guru dan murid2nya...Namun apa yang dapat saya lihat..CAHAYA KASIH SAYANG GURU TERPANCAR TERANG BENDERANG PADA SETIAP BEBOLA MATA ANAK2 DIDIK BELIAU. Betul kan ???
Sebenarnya, secara kita tak sedar kita dilahirkan dengan sifat rahmah (kasih sayang). Kasih sayang pula secara tersiratnya adalah satu objek yang takkan berkurang malah akan bertambah subur jika kita baja,siram dan jaga. Oleh yang demikian, janganlah berkira nak bagi kasih sayang kpd orang lain. Tak kurang pun kasih sayang tu..
Saya melihat konsep kasih sayang ni dari sudut seorang guru dan daddy kepada anak2 saya. Sama saja kalau kita bincangkan konsep ni dengan anak2 kat rumah.
Di sekolah ini, ramai murid dahagakan kasih sayang guru. Mereka kekadang bergayut di bahu kita macam buah durian bergayut kat dahan. Lagi banyak yang bergayut,bertambah berat la nak menanggung..Tapi bertahankah dahan tu menahan bebanan tersebut??? Mampu kan??? Kalau dahan tu mampu,anda sebenarnya lebih mampu. Jangan takut !!! Budak2 tu bukan buah durian,diorang tak bergayut macam durian... Ha ha ha..
Anda mungkin tidak perasan, anda banyak kasih sayang dan ramai peminat kat luar sana mengharapkan kasih sayang anda. Suami..Isteri...Anak2..Murid2... M.Nasir pernah kata dalam show dia masa Secretariat Week dua tahun lepas.." Rupa2nya kita ni banyak kasih sayang untuk dikongsikan.." Oleh yang demikian, anda jangan mati cepat. Ramai yang akan susah kalau anda tak ada...Suami..isteri..anak2..murid2...kawan2 pun terasa juga... Anda pernah terfikir tentang semua nie??
Anda mungkin tak dapat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam sekelip mata. Tapi anda mampu galakan pelajar anda untuk menghargai diri,menghormati diri..mak ayah...guru2..kawan2... Semua ni bermula dari kasih sayang kita sebenarnya. Kawan saya masih boleh ingat lagi nombor plat kereta guru beliau sewaktu sekolah menengah...hanya kerana dia kasih kepada guru tersebut. Saya dan kawan2 juga mampu ingat lagi nombor plat kereta guru Sains kami sewaktu di Maktab Mahmud dulu...CN 101..kereta Volvo lama Cikgu Asiah. Kerana kasih sayang beliau 85 peratus budak kelas saya dapat pangkat 1 dalam Sains masa SPM. Waduh...hebatnya kuasa kasih sayang ni...
Oleh itu, anda tak perlu takut mencurahkan kasih sayang kepada anak2 anda. Saya tegaskan sekali lagi,KASIH SAYANG ni adalah satu objek yang takkan berkurang. Selagi kita apply konsep kasih sayang ini,selagi itulah objek ini akan tumbuh subur dalam diri kita.
Selamat mencuba...selamat berkasih sayang.
Sok Sek Sok Sek : Tadi call Umi ( Toke kantin sekolah) panggil dia Sayang...cepat ja dia siapkan order kita...Dapat diskaun lagi!!!
My Secret Recipe : Carrot Cake / Pudding
Blend sebati semua ni (guna blender je):
4 biji telur
1 cawan gula
1 1/2 minyak masak/melted butter
1 sudu teh soda bikabonat
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu garam
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
Dah blend sebati,tuang dalam satu bekas.
Masukkan :
2 atau 3 carrot yang telah diparut
Buah campur 1 cawan
2 biji epal hijau yg dipotong kiub (tak nak kulit)
Kacau semua biar sebati dan tuang dalam bekas. Hempap bekas 2 atau 3 kali untuk membuang udara yang terperangkap dalam adunan. Bakar pada 140 Celcius, api atas bawah.
Kalau nak rasa macam puding (gambar) sikit, kukus je selama 1 jam 45 minit. Ingat !! Jangan lupa cover dulang dengan aluminium foil supaya air tak masuk. Bila dah masak, cepat2 tanggalkan aluminium foil tadi. Sejukkan.
Saya dah cuba satu benda baru minggu lepas
di mana kita parutkan dan masukkan sedikit kulit oren (sebiji oren)...kulit yang paling luar yang warna oren ja.
Saya ada hadiahkan sebiji puding pada kawan saya, dia terus jatuh hati dan minta resepi...dia kata It is out of this world !!!
Tuesday, July 21, 2009
Minggu ni Percubaan UPSR
Apapun as a daddy, saya doakan yang terbaik untuk mereka..dunia dan akhirat. Ish ish isssssh...never had a dream to be a teacher. Kadang2 bila ingat balik, macam kelakar pun ada. Masa dulu tak nak minta jadi cikgu. Sepupu saya yang baik hati, Abang Lan (Rebong.com) tolong register nama kat internet. Ingat ke tak dapat, last2 kena gi ambik assessment test...lulus plak tu. Saya dah mula risau.
Tak lama lepas tu, diorang panggil interview. Saya masih ingat lagi dia tanya pasal Proverb..A new broom sweeps clean...terkial2 nak jawap. Tapi ok la diorang paham juga Bahasa Perancis saya tu. At the end LULUS jugak...saya bertambah la risau...Adusss
2005 berenti keja FAMA (part-timing job) di Cameron Highlands....masuk Maktab Perguruan Islam...kursus perguruan for one year. Aduhhh...memang seksa la time tu..berat badan saya turun dari 83 t0 70. Memang slim giler babas time tu. (Sekarang macam nak naik balik dah ke 83 kg). Tak minat lagi jadi cikgu waktu tu...until...
Until one day, saya ke SK Dengkil, Sepang to have my very first day practicum. Terus jatuh cinta bila tengok muka budak2 tu...Sekarang ni, jangan la offer keja lain..AKU TAK NAK !!
Untuk anak2 tersayang, daddy doakan agar kalian semua dapat jawab exam dengan baik. Kuatkan semangat ok !! Kita ada lagi 48 hari ke UPSR sebenar.. Usahalah...jangan putus asa!!!
Sok Sek Sok Sek : Selagi 6 Cemerlang tak nak rujuk dictionary untuk jawab latihan English, selagi itulah mereka kena marah. PM diorang!!! (PadanMuka)
Welcome...Ahlan...Selamat Datang...
This is my baby...I mean the very first blog I ever had. Thank u sebab sudi lawat blog ni. As a teacher, this blog is going to be an EDUCATAINMENT blog to be enjoyed by all..hopefully. To my friends,hope to have something to be shared...to my students I hope there are things could be benefited.

Cuma satu perkara ja nak bagi tau, dalam blog ini saya akan guna beberapa jenis bahasa la...Melayu...English...Arabic..Sebagai permulaan elok rasanya saya cerita sedikit pasal originality saya as a BUDAK KAMPUNG. Kampung saya tempat saya lahir nama dia Kampung Tanjung Musang, Mukim Pokok Sena, Kedah Jelapang Padi. Inilah kampung saya...damai sekali suasana kat kampung. Dulu darjah 1 sampai 6 kat SK Langgar, menengah kat Maktab mahmud. Miss bangat kat cikgu-cikgu and ustaz ustazah semua. Moga Allah rahmati hidup kalian dunia dan akhirat.
Saya suka la berkenalan ngan orang ramai becoz one of my hobbies is bersembang. Satu benda yang korang perlu tahu, ada dua cara kita dapat pengalaman. First, kita alami sendiri. Second..via communication with others. Macam nak develop blog ni...I learn from my fren, Yusri.
I love travelling and enjoy singing very much... Kena ajar nursery rhymes kat budak-budak memang enjoy la kiranya. U should know one thing, SINGING can reduce our tense and heal our exhaustion. Nyanyi la bila tension, sure rasa relax lepas tu...tu pun kalau suara sedap la..kalau tak, bertambah tension jadinya. Jangan marah kawan-kawan..gurau je.
My favourite entertainer will always be CeliNe DiOn. I always remember what she said "Don't care about others...just do it. Believe in urself !!" Bukan puja sangat dia, tapi tengok semangat dia, kita dapat belajar sesuatu laa...Tak ada yang mustahil dalam hidup ni. Semua depends on us.
Just imagine kawan-kawan...Mega Concert dia dia Las Vegas mengambil masa lima tahun beb..It means sepanjang 5 tahun tu,dia nyanyi ja tiap-tiap malam. Anda boleh buat macam tu??
So as an educator, I would think like this...The spirit must be always there..whatever happens. If u want to something, do it with all of ur heart. Of coz la penat sikit, but later on in the end u will get an Extravaganza Satisfaction. Believe it or not ??? Believe it baby...
The Rain would try to be the best for all....
Sok Sek Sok Sek : Pernah dengar tak pasal nama tempat kat Kedah : Gajah Mati Langgar Pokok Sena


