Keikhlasan Itu Hanya Pada Jiwa Yang Mulia
Hidup ini penuh keperitan
Namun senyuman adalah penawar
Memberi cahaya
Memusnahkan kedukaan yang ada
Manusia itu penuh dengan hasad
Namun redha itu adalah penawar
Menyemai kesabaran
Menimbus hasad dengki dalam hati manusia
Ikhlas itu mudah dikata
Namun bukanlah mudah dikota
Hadir bukan pada semua manusia
Hanya pada yang menginginkannya
Ikhlas itu jarang dipuja
Manusia memandangnya penuh hina
Lantas ia bukan sahaja tidak singgah
Malah terbang jauh dari hati kita
Hidup ini tidaklah seindah disangka
Namun keikhlasan mampu menjadikannya seindah syurga
Biarlah orang tidak memandang
Jangan pula kita pun turut mempersenda
Keikhlasan itu adalah mutiara
Pada jiwa yang mulia
Pada insan yang murni hatinya
090909 8.33 mlm Balakong
Puisi 2 :
Mengapa Begitu Sukar Berterima Kasih ??
Aku insan paling bertuah
Hidup dikelilingi manusia yang gah namanya
Gelaran mulia hingga hujung nyawa
Namun aku sudah katakan
Manusia itu adalah manusia
Tak semua sempurna
Gelaran tidak membawa apa-apa makna
Ada yang kaya gelarannya
Namun miskin jiwanya
Ada yang gah jawatannya
Namun daif ingatan pada Tuhannya
Ada yang mahal bajunya
Namun lusuh pekertinya
Ada yang hebat gayanya
Namun dialah durjana merosakkan bangsanya
Ada yang lembut kata-katanya
Namun begitu liat ucapan terima kasihnya
Ada yang matang usianya
Namun langsung tidak berguna
Aku insan kerdil
Belajar dengan penuh hati
Meneliti...memerhati..cuba memahami
Tidak semua perkara itu indah rupanya
Mengapa sukar berterima kasih???
Aku tidak meminta wang
Aku tidak meminta balasan
Hanya ucapan terima kasih
Namun kau tanyalah diri...
Apakah kau telah berterima kasih??
Kalau tidak...
Kau samalah dengan mereka...
Manusia yang sekadar manusia namanya.
090909 8.55 malam Balakong
ti.
Satu malam ramai la sanak sedara Si A datang umah dia..aku memang baik ngan diorang dari dulu lagi. So, bila dah jumpa salam la kita..Ada keta baru nampak gayanya pakcik yang aku salam tadi..bukan dia punya..menantu dia punya. Tapi orang bila dah merendah diri ni tak ambil kisah pun pasai harta dunia ni...Tapi lain pula Si A aku nie..Jadi macam over excited pulak nak try rasa keta tu...Dengan tak dapat dikawal lagi naik la keta tu. Aku dah tahu apa akan berlaku sekejap lagi...
Bila Gang Pakcik tadi dah balik,hah...dengan selamba la Si A tadi kata kat aku depan anak beranak dia...Azrin...Azrin..Ntah bila la nak rasa keta baru hang??? Perghhhh ayat POWER tu. Hah..Betul kan??? Aku dah kata tadi kan ?? Orang yang ikhlas bersalaman ngan kita dengan orang yang tak ikhlas memang kita boleh kesan...Aku pun tak ikhlas jugak bersalam ngan Si A tadi..dah tau dah...
Bila jadi camtu,aku yang dianggap bodoh ni pun naik "syeikh" la sekejap. Tapi biarlah...
Ada lagi satu hari lain pulak, kitorang pergi la makan kat umah sedara mara. Ingat ke nak pergi makan, tapi....hemmmmmmmm malang betul la...
Belum pun dapat duduk, dah kena BOMMMM !!!! Gaji punya la besar tapi tak pernah pun nak buat BBQ ke apa ke??? Tak pasal-pasal aku kena...Hello...yang korang dok makan tiap-tiap tahun tu apa benda??? Tak tau bersyukur langsung. Aku macam nak balik ja malam tu, tapi ingat pulak tuan rumah yang jemput aku tu...Last-last duduk jugak la makan. Macam ringan je mulut aku nak tanya tuan rumah tu..."Is this the reason you call me to come to your house???" Tapi secara logiknya..tuan rumah tu baik..cuma Si A yang mengada-ngada. Tahun lepas aku kena jugak kat rumah yang sama juga...
Aku akhirnya tekad...Bila dah besar macam ni aku kena buat sesuatu !!!
Aku nak buat satu KESIMPULAN.
Bahawasanya aku :
1. Tak boleh merendah diri...for some people kita kena berlagak sikit (walaupun aku ni orang kampung je).
2. Kena ada komunikasi kasar untuk tunjuk POWER kita...contoh perli orang depan orang ramai.
3. Kena ada sifat bangga diri baru dianggap hebat..walaupun baca Quran pun tak betul
4. Kena tunjuk sikit kita ni LOADED with a lot of money...baru orang kata kat kita "I bangga la dengan u .."
5. Tak pergi lagi umah terbuka orang yang baik hati tu...kalau ada Si A...(kesian kat dia sebab dia jemput) Tapi aku kena kesian jugak kat diri sendiri..
Aku cerita la semua ni kat kawan-kawan aku...Waaaaaaaaaahhhhhhhh!!! Terkejut diorang. Ko ni TIMING ye sekarang??? Berlagak gila...Aku cakap la kat diorang..." Yang ajar aku nie orang tua-tua.. Tak kisah la... Sedara mara aku yang makan garam dulu tu yang train aku macam tu.... Ada aku kisah????" Ni tak termasuk lg cerita aku kena kutuk kecik-kecik dulu ..."Pergi balik...Heeeee kaki kotor macam TIANG JAMBAN !!!!!!!!" Memang pakcik takkan lupa sampai mati.
Adaptasi cerita Haris Hamid..member baik aku.
Kisah Teladan 2
Rabaan dan Gurauan
Member aku cerita kat sekolah dia ada la seorang hamba Allah ( Si Bulat) ni suka sangat bergurau ngan orang...termasuk la anak murid sendiri. Nak dijadikan cerita, suatu hari dia jumpa la dengan salah seorang murid yang Si Bulat selalu bergurau ngan dia.
Member aku : Hey budak kecik...apa je jenis gurauan yang Si Bulat tu buat kat ko??
Murid : Alah....setakat raba-raba je...
Member aku : Hah !! Raba-raba apa?????????????????? ( Macam nak terkeluar biji mata)
Murid : Alah...lelaki ngan lelaki kan boleh gurau macam tu???
Member aku : Sapa ajar ko kata boleh buat camtu ??
Murid : La...lelaki dewasa yang namanya Si Bulat tu la..
Member aku : Dia raba apa ??? Lelaki sama lelaki pun ada raba-raba ke??
Murid : Ye la...dia raba kat +*/#@ la...
Member aku : Raba kat luar ke kat dalam????
Murid : Luaran pernah...pegang betul2 pun pernah...
Member aku : Hah....gila ko!! Berapa kali dah ???
Murid : Dah banyak kali dah.....dah jadi best dah....
Member aku : Astaghfirullahal Aziim....
Murid : Bukan saya sorang...ramai lagi....semua pun Si Bulat gurau...raba-raba camtu...
Member aku : .........pengsan.....
Murid : Hey Cikgu..kenapa pengsan nie...saya tak sempat GURAU lagi ngan cikgu...
Member aku memang tak leh sabar lagi dah...Nak report polis je sekarang nie...Tapi pikir jugak...Si Bulat ni dah kawin...Bini dia punya la baik...so buat report kat sekolah je la.....
Member aku dengan tak leh tahan lagi hentam la Si Bulat tadi...sampai nangis-nangis Si Bulat. "Tau pun takut ye??? Dengan Tuhan tak takut...Dengan aku ko takut..." kata member aku.
Lalu Si Bulat tadi pun melutut...dengan bodohnya berkata " Maafkan aku kerana kesilapan aku suka - suka GURAU ngan budak-budak tu. Aku harap Tuhan ampunkan aku atas dosa besar yang aku lakukan ini??? "
Bodohnya Si Bulat tadi...Takkan GURAU pun ko declare DOSA BESAR...Kan senang kalau mengaku je kata ko dah buat dosa besar!!!
Ish....ishhh...aku terfikir jugak..apa la kita nak buat kalau ada spesis perosak macam ni kat sekolah kita???? Kalau aku bagi racun serangga je. Tapi tak kisah la..berlaku benda nie pun kat Sarawak...Si Bulat tu orang Iban...bukannya ada agama ..tak percaya Tuhan pun.
Adaptasi Cerita Benar Dari Muhammad Kamil...Sarawak..